Thursday 14 April 2011

LUAHAN JEMARI

Antara karya yang saya telah hasilkan, ( potret)


UNSUR SENI

GARISAN


Garisan merupakan cantuman beberapa siri titik. Garisan wujud pada alam sekeliling, baik pada alam semulajadi, alam benda, flora mahu pun fauna. Terdapat pelbagai jenis garisan seperti garisan putus-putus, garisan tebal, garisan nipis, garisan berduri, garisan beralun dan pelbagai lagi. Garisan boleh diolah dengan pelbagai cara atau teknik dengan menggunakan pelbagai jenis media. Contoh menggunakan teknik gosokan, capan, pualaman atau catan.


Rajah : Olahan garisan dengan pelbagai jenis media dan teknik




  

WARNA 

Warna ialah tindak balas cahaya ke atas sesuatu permukaan.



Jenis-jenis Warna


terbahagi kepada 3 jenis, iaitu:
1. Warna Asas/Utama
2. Warna Sekunder
3. Warna Tertier


Warna asas 
Terdiri daripada warna birumerah dan kuning.

Warna asas ialah warna utama yang tidak boleh dihasilkan melalui campuran warna lain, tetapi boleh menghasilkan warna sekunder dan warna tertier.



Warna Sekunder

Warna sekunder terdiri daripada warna hijaujingga dan ungu.
Warna sekunder terhasil daripada campuran 2 warna asas.

Warna Asas Warna Sekunder
Kuning + Biru Hijau
Biru Merah = Ungu
Merah + Kuning = Jingga



Warna tertier terhasil daripada campuran 1 warna asas dengan 1 warna sekunder.



Warna Asas Warna Sekunder Warna Tertier

Biru + Ungu = Biru-Ungu

Merah + Ungu = Merah-Ungu

Merah + Jingga = Merah-Jingga
Kuning + Jingga = Kuning-Jingga
Kuning + Hijau = Kuning-Hijau
Biru + Hijau = Biru-Hijau





Warna Neutral

Warna neutral merupakan warna yang tidak tergolong dalam kategori warna asas, warna sekunder dan warna tertier.

Warna neutral terdiri daripada warna putih dan hitam atau campuran kedua-duanya.



Nilai Warna


Ton Warna


Ton warna ialah nilai pancaran kecerahan dan kegelapan sesuatu warna.

Ton warna diperoleh melalui campuran sesuatu warna dengan warna putih atau warna hitam.
Warna yang dicampur dengan warna hitam menjadi ton yang lebih gelap dan warna yang dicampur dengan warna putih akan menjadi ton yang lebih cerah.


Kroma Warna
Kroma ialah nilai ukuran warna.
Ia terhasil melalui campuran warna penggenap dalam nisbah yang tertentu.





Gubahan Warna


Sewarna

Sewarna ialah gubahan yang menggunakan 1 warna dalam beberapa ton atau dikenali sebagai warna monokrom. Sewarna dapat dihasilkan melalui campuran warna putih untuk kesan terang atau warna hitam untuk kesan gelap.


Warna Harmoni
Warna harmoni ialah sekumpulan warna yang terletak sebelah-menyebelah dalam roda warna.
Ia mempunyai hubungan warna, ton dan suhu warna yang sama. Warna harmoni dapat menimbulkan kesan perasaan selesa dan tenang. Ia sesuai digunakan untuk menghasilkan corak tekstil, hiasan dalaman, perabot, seni taman dan seni halus.
Berikut ialah contoh warna yang berharmoni:
*merah jingga, jingga, jingga kuning
*hijau kuning, hijau, hijau biru

Warna Penggenap
Warna penggenap merujuk kepada gubahan warna yang menggunakan kombinasi warna yang kedudukannya saling bertentangan dalam roda warna. Warna penggenap juga dikenali sebagai ‘complementary’.
Contoh warna penggenap ialah:
Merah – Hijau
Kuning – Ungu
Biru – Jingga



Suhu Warna

Suhu warna ialah kumpulan warna yang mempunyai kesan pancaran cahaya panas atau kesan pancaran cahaya sejuk.
Warna panas ( merah,kuning, jingga dan hijau kuning)memberi kesan terang dan garang dan merangsang pandangan. Ia merupakan kumpulan warna yang mempunyai kesan cahaya yang tinggi.
Warna sejuk ( biru, ungu, hijau dan biru hijau ) memberi kesan redup, tenang dan damai serta menyejukkan mata memandang. Ia mempunyai kesan pancaran cahaya yang rendah.





Peranan dan Fungsi Warna


Dalam masyarakat berbudaya, elemen warna dan fungsinya tidak dapat dipisahkan.

Warna merupakan sebahagian daripada pakaian kehidupan masyarakat dunia.

Masyarakat desa di Malaysia, mensinonimkan warna dengan objek alam sekeliling.
Warna boleh membawa maksud atau pengertian tertentu mengikut budaya setempat seperti:
Warna kuning- kebesaran diraja, kecemerlangan, ceria, kekayaan.
Warna merah- berani, kemakmuran, bahaya, amaran.
Warna hijau- segar, subur, pertumbuhan.
Warna biru- kedamaian, tenang, romantik.
Warna putih- kesucian, kemurnian, kerohanian.

Warna hitam- kesedihan atau kepiluan.



RUANG 

Ruang ialah jarak di antara objek yang wujud di dalam alam nyata dan juga dalam karya seni visual. Objek yang berada di hadapan kelihatan lebih jelas dan besar berbanding dengan objek sama saiz yang berada di bahagian belakang. Contoh ruang yang wujud dalam karya seni visual digambarkan melalui kekuatan gubahan warna, jalinan, rupa dan bentuk.

B. Jenis-jenis Ruang

1.Ruang Fizikal

Ruang fizikal merupakan ruang yang terdapat di persekitaran.
Ruang fizikal boleh dibahagikan kepada 2 iaitu,
a. Ruang terbuka – suatu kawasan lapang dan luas.
b. Ruang tertutup – suatu kawasan yang sempit dan terhad.

2.Ruang Ilusi

· Dalam konteks ini, ruang dapat diterjemahkan mengikut 3 peringkat berdasarkan penggunaannya dalam karya seni visual seperti lukisan, catan dan rekaan grafik.

 3 peringkat ruang tersebut ialah ruang dalam, ruang cetek dan ruang rata.

a. Ruang Dalam
· Ruang dalam ialah perhubungan kesan penggunaan perspektif warna, perubahan saiz dan bentuk dalam hasil karya seni seperti lukisan dan catan.
· Kajian nilai ton warna dan perubahan saiz berikut memperlihatkan kesan ilusi ruang bergerak sama ada ke luar atau ke dalam mengikut arah cahaya yang diwujudkan melalui nilai ton warna.
b. Ruang Cetek
· Ruang cetek merupakan ruang yang wujud dalam lingkungan yang terbatas sama ada dari dinding ke dinding atau ruang kedalamannya yang terhad.
c. Ruang Rata
· Ruang rata terhasil dalam karya, terutama catan apabila dilukis atau diolah elemen-elemen gambaran pada satah yang sama.
· Ia memperlihatkan suasana rata dan sama pada suatu garisan ufuk.


C. Perkaitan Ruang dan Perspektif

Perubahan saiz, jarak dan warna objek alam akan berlaku apabila objek tersebut dilihat dari jarak jauh. Dalam konteks seni, proses tersebut dinamakan perspektif.

Perubahan nilai ton warna akan mewujudkan ruang kedalaman atau kecetekan sesuatu ruang mengikut ketentuan pelukis. Dalam karya 2D, garisan grid digunakan untuk menimbulkan ruang dan ilusi 3D melalui 2 cara, iaitu:

Perspektif 1 titik lenyap
· Perspektif 1 titik lenyap hanya memberi 1 fokus sahaja.
Perspektif 2 titik lenyap
· Perspektif 2 titik lenyap dapat memberikan susunan gambar kiri dan kanan dengan kesan perspektif yang berbeza(2 fokus)

BENTUK


A. Pengenalan
Bentuk boleh dikelaskan kepada 2 jenis iaitu bentuk konkrit dan bentuk ilusi.

Bentuk Konkrit merupakan struktur binaan dalam 3 dimensi(3D) yang dapat dilihat dan dirasa pada setiap permukaannya. Contoh bentuk konkrit ialah seperti buku, almari, rumah, kereta, pokok dan sebagainya.

Bentuk Ilusi pula ialah bentuk yang wujud melalui kemahiran penggunaan unsur seni seperti warna. Bentuk ilusi tidak dapat dipegang, tetapi hanya dapat dirasakan kewujudannya melalui pandangan mata sahaja. Ia dapat dilahirkan melalui lukisan, catan dan fotografi.



B. Garisan dan Bentuk



Garisan dapat menghasilkan bentuk melalui beberapa proses berikut:



*Garisan dan Bentuk Lilitan Dawai

*Lilitkan dawai pada botol sehingga sempurna

*Kemudian, keluarkan botol daripada lilitan tersebut. Maka, terhasillah sangkar dawai berbentuk botol.

*Garisan dan Bentuk Anyaman Rotan
*Garisan dan Bentuk Anyaman Buluh



C. Rupa dan Bentuk



Rupa dapat mencipta bentuk melalui proses seperti berkut:

a. Lukiskan rupa seperti dalam ilustrasi berikut di atas sekeping kertas manila.

b. kemudian, cantumkan bahagian-bahagian tertentu supaya menjadi bentuk

kotak seperti dalam ilustrasi di bawah
Cara lain untuk menghasilkan bentuk dengan rupa adalah dengan menggunakan:
*Teknik seni lipatan kertas - origami
*Teknik potongan kadbod – polihidera
*Teknik lipatan kain – topologi



D. Membina Bentuk

Bentuk boleh dibina melalui pelbagai cara. Antaranya adalah dengan menggunakan plaster of paris, cantuman atau gabungan daripada pelbagai bahan terbuang bagi menghasilkan arca hiasan mahupun gunaan.

Bentuk juga boleh dihasilkan melalui ukiran pada batang kayu, sabun atau lilin.Membina bentuk tembikar melalui teknik picit, putaran, kepingan atau lingkaran.



E. Bentuk Figura Manusia



Bentuk manusia dewasa mengikut kadar banding dengan menggunakan bahagian kepala sebagai ukuran adalah lebih kurang 7 ½ bahagian.

Manakala 1 bahagian badan manusia sama dengan 2 bahagian kepala.

Panjang tangan ialah 3 bahagian kepala dan 1 bahagian kaki sama dengan 4 bahagian kepala.



F. Cara-cara Menimbulkan Bentuk Ilusi dalam Karya

Teknik Garisan

Teknik Lorekan

Teknik Kolaj
Teknik Catan
Teknik Cetakan


RUPA

 A. Pengenalan
Rupa ialah hasil daripada pertemuan hujung garisan dengan permulaannya.
Rupa boleh dihasilkan daripada garisan, warna dan jalinan.

B. Jenis-jenis Rupa
Rupa terdiri daripada 2 jenis iaitu:
1. Rupa Geometri
Rupa Geometri ialah rupa yang mempunyai sudut seperti bulatan, tiga segi, empat segi dan lain-lain rupa yang bersudut.
2. Rupa Organik
Rupa organic merujuk kepada rupa bebas yang tidak dapat diukur sudutnya
seperti rupa daun, rupa orang, rupa ikan dan sebagainya.

C. Rupa Positif dan Rupa Negatif
Rupa positif ialah rupa sesuatu objek yang terletak di dalam satu kawasan tertentu.
Rupa negatif ialah ruang di sekeliling rupa objek tersebut.


D. Rupa dalam Aktiviti Mencorak

Rupa boleh berubah dan mewujudkan rupa yang lain dengan cara tindanan, tambahan atau luakan ( pengurangan ).

Rupa dalam aktiviti mencorak, merupakan susunan rupa yang berulang-ulang dengan jarak dan kedudukan tertentu.

Rupa akan menghasilkan kesan corak daripada perlawanan rupa positif dengan rupa negatif.
Hasilan corak akan lebih menarik apabila rpa disusun berulang-ulang dalam susunan tertentu.



Jenis-jenis Susunan dalam Mencorak

1. susunan selang-seli 

2. Susunan turun separa 

3. Susunan batu-bata
4. Susunan orgee 
5. susunan cerminan 
6. Susunan sisik ikan



E. Rupa dan Lambang



Rupa boleh diolah menjadi lambing atau symbol kepada sesebuah syarikat, persatuan dan pertubuhan.Rupa juga boleh menjadi jenama kepada sesuatu barangan.



F. Rupa dan Muka Taip



Muka taip ialah jenis-jenis rupa berbentuk huruf.

Rupa muka taip boleh menghasilkan pelbagai gaya.

Rupa muka taip boleh terdiri daripada muka taip serif ( berekor ) dan san serif( tidak berekor ).

 JALINAN

A. Pengenalan
1. Jalinan ialah sifat permukaan yang terdapat pada permukaan sesuatu objek dan boleh dikesan secara penglihatan (tampak) atau sentuhan.
Jalinan terdapat pada permukaan objek alam sekeliling dan juga objek buatan manusia.
Setiap jalinan mempunyai fungsi dan nilainya yang tersendiri.

B. Jenis-jenis Jalinan
Jalinan terbahagi kepada 2 jenis iaitu jalinan sentuh dan jalinan tampak.

Jalinan Sentuh – ialah jenis jalinan yang dapat dikesan melalui deria sentuhan.
Contohnya, permukaan tayar kereta, tapak kasut, kulit buah
durian, kulit kayu, permukaan jalan raya dan sebagainya.
- Kesan corak jalinan sentuh boleh dipindahkan menjadi jalinan
tampak dalam bentuk 2 dimensi (2D) melalui teknik gosokan atau capan. 

Jalinan Tampak – ialah jalinan yang hanya dapat dilihat, tetapi tidak dapat dirasai secara sentuhan.
-jalinan ini b0leh dilihat secara ilusi pada alam benda, karya seni
-dan di atas kertas 2D yang telah dipindahkan melalui teknik
-gosokan atau capan daripada permukaan jalinan sentuh.

C. Sifat-sifat Jalinan
Sifat-sifat jalinan yang utama terbahagi kepada 4 jenis iaitu:
*Kasar – permukaan jalan raya *Tajam - kulit durian
*Lembut – permaidani *Halus - sayap rama-rama
Sifat-sifat jalinan yang berlainan ini boleh dikesan pada objek alam sekeliling, objek buatan manusia dan karya seni visual.

D. Menggubah Jalinan dengan Pelbagai Bentuk
*Teknik capan *Teknik basah atas basah
*Teknik gosokan *Teknik resis
*Teknik kolaj *Teknik ikat dan celup
*Teknik ‘impasto’ *Teknik renjisan
*Teknik pualaman *Teknik tiupan straw
*Teknik renyukan kertas *Teknik titik
*Teknik lukisan *Teknik cetakan

E. Fungsi Jalinan
Jalinan yang terdapat pada objek alam sekeliling dan objek buatan manusia mempunyai fungsi tertentu seperti:
*Keselamatan dan penyamaran – harmau belang mempunyai kulit yang berbulu halus lembut dan menyerupai warna tumbuh-tumbuhan.
*Cengkaman – corak pada tayar kereta adalah untuk memberi kestabilan.
*Hiasan – jalinan corak pada tekstil adalah untuk menarik minat dan kesesuaian kpada pemakai seperti baju, kain dan tali leher.

F. Aplikasi Jalinan dalam Karya Seni Visual
*Cetakan *Seni logam
*Batik *Ukiran
*Sulaman pangkah *Lukisan
*Kaitan *Anyaman
*Tembikar *Catan